Pasangan Perdana Menteri Malaysia

Pasangan Perdana Menteri Malaysia merupakan gelaran kehormat merujuk kepada pasangan kepada ketua kerajaan Malaysia, yakni Perdana Menteri Malaysia. Sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, gelaran ini sentiasa diisi oleh perempuan, oleh itu, pasangan ini turut dikenali sebagai isteri Perdana Menteri. Terdapat segelintir pengkritik yang cuba menggelar isteri perdana menteri sebagai "Wanita Pertama Malaysia",[1][2] seakan sama seperti gelaran Wanita Pertama yang digunakan di negara republik, walaupun begitu, gelaran Wanita Pertama ini tidaklah diiktiraf secara rasmi. Setakat ini, seramai tujuh orang perempuan berpeluang memegang gelaran pasangan Perdana Menteri Malaysia.Siti Hasmah menyandang gelaran pasangan Perdana Menteri Malaysia yang terkini iaitu Mahathir Mohamad.